ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, January 30, 2010

Hukuman PAS PUSAT! Khalid Samad keluar......


Hasan Ali PJ Selangor kena amaran manakala Khalid Abd Samad AJK Biro Politik PAS Pusat digantung jawatan 6 bulan dalam PAS.






Begitulah hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat hasil "mulut laser" mereka berdua.


Khalid keluar dari bumi Malaysia ketika menerima hukuman manakala Hasan Ali berada dalam negeri.


Khalid dalam kenyataan terbarunya menyatakan menerima hukuman dengan hati terbuka. Beliau ingin menjadi "Khalid Al Walid Moden" yang menerima perlucutan jawatan panglima dari Khalimar Umar. Beliau juga mungkin mahu jadi Ummu Mukminin Aisyah yang diminta ibubapanya agar mohon maaf kepada Rasulullah. Aisyah menjawab, "Aku ingin minta ampun dari Allah Taala sahaja".



Hasan Ali pula menyatakan beliau terima hukuman itu dengan hati terbuka dan sebagai proses pendidikan bagi dirinya.



Apapun ulasan dari mereka berdua, yang pasti keduanya telah dihukum dan mereka menerima hukuman itu dengan hati terbuka.



Persoalannya, mengapa orang-orang kelilingnya masih berminat dan beria-ia untuk "mengipas" terutama untuk Khalid membangkang dan memprotes hukuman itu?



Sebenarnya mereka-mereka yang cuba "mengipas dan menghasut" Khalid agar menentang pimpinan adalah orang yang belum mengenal siapa Khalid yang sebenar.



Khalid Abd Samad adalah manusia jenis yang berprinsip dan amat sayangkan PAS. Semasa di UK lagi beliau seorang yang radikal dengan perjuangan Islam. Semasa balik dari UK,beliau pernah berhajat menubuhkan Parti Negara Islam. Tetapi apabila PAS diterajui ulamak, beliau batalkan hajatnya.



Pernah berehat di Kamunting. Banyak kali tewas dalam pilihanraya di Kelantan, Perlis dan Johor. Beliau lebih dahulu berkecimpung dalam PAS berbanding Hasan Ali. Beliau sanggup berketuakan Hasan Ali walaupun beliau lebih senior dalam PAS Selangor.

"Dosanya" yang menyebabkan kena gantung 6 bulan adalah kerana menegur Hasan Ali.

Nasihat buat Khalid, anda teruskan kerja anda. Tegur apa yang patut. Jangan risau kebenaran pasti muncul jika kita jujur, ikhlas dan benar.

Kepada Hasan Ali, anda teruskan kerja anda. Tepat sekali ulasan anda tentang hukuman amaran itu. Satu proses pendidikan diri. Rapatkan balik saf pimpinan PAS Selangor. Ingat kerja jahat Khir Toyo belum berakhir.

Akhirnya kepada pencacai Khalid, seronok dan banggakah anda semua jadi " Abdullah bin Ubai" ? Taubatlah.

















Friday, January 29, 2010

Najib semakin hilang kawalan..........


Bertimbun-timbun bebanan masalah dipikul PM Najib. Adakah ini hukuman karma tentang gadis Mongolia?



Semua PM Malaysia sebelum Najib masuk Sri Perdana dalam keadaan selesa. Tapi tidak buat Najib. Bermula masalah Perak, kekalahan demi kekalahan dalam PRK, perebutan kuasa dalam MCA, PPP dan Makkal Sakti. Itu belum lagi dengan kehilangan enjin jet semasa jadi Menteri Pertahanan.



Terkini dengan pembabitan Ku Li dalam isu royalti minyak Kelantan. PM Najib sekadar ulas untuk kaji dengan ucapan Ku Li itu.



Kita melihat PM Najib semakin hilang kawalan terhadap ahli UMNO dan BN. Suaranya tidak lagi dihormati.



Jika auranya berkarisma tentulah ahli UMNO dan BN tidak berani "angkat kepala" menentang kata-katanya.



Mengapa MCA masih bertelagah? Mengapa PPP masih dengan isu kesahihan Presidennya? Malah "berkat"nya Najib merasmikan Makkal Sakhti menyebabkan parti itu "berperang" rebut penerajuinya.




Kini Ku Li berani naik pentas untuk berceramah bersama pemimpin PAS. Mengulangi apa yang pernah dilakukannnya 15 tahun yang lalu ketika bersama S46 dan Angkatan Perpaduan Ummah.




Menyimpan Ku Li dalam UMNO bermakna memberi lesen kepada semua ahli UMNO untuk naik pentas berceramah bersama PAS dan PR.



Membuang Ku Li dari UMNO bermakna tiada lagi tentangan sengit untuk jawatan Presiden UMNO . Cumanya UMNO Pusat perlu ucapkan selamat tinggal buat Kelantan. Dan UMNO Kelantan perlu siapkan "batu nesan" buat diri mereka.
Juga jika Najib masih simpan Ku Li dalam UMNO bermakna "nilai" Ku Li begitu tinggi dalam UMNO. Mungkin naiknya Ku Li atas pentas PAS sekadar mahu "test market" harga dirinya dan juga untuk mencabar Najib bertindak keatasnya.
Inilah yang memeningkan PM Najib. Kesimpulannnya, elok Najib tanya Rosmah untuk dapatkan nasihatnya! Bukan begitu Najib?









Kepala lembu, kepala babi, kepala "tahi" ....siapa punya?


Nampaknya isu kalimah ALLAH berlanjutan lagi. Tiada berkesudahan. Makin berlarutan dan teruk.



Nampaknya rentetan peristiwa dan kronologi seperti "dirancang" dan ada "pelan A,B,C dan D".



Bermula dari "keizinan" untuk Hakim bukan Islam membuat keputusan, kemudian keizinan PM Najib membenarkan demostrasi.



Kemudian serangan ke atas Gereja. Selepas Najib bagi RM500,000 untuk gereja surau pula jadi "mangsa" serangan. Bergilir-gilir antara Gereja dan Surau jadi "mangsa serangan".



Dalam masa yang sama Menteri Polis Hishamudin "tidak berselera" menyoal Azmin tentang maklumat ahli UMNO yang disyaki terlibat dengan serangan keatas Gereja. Berlawanan dengan "teruja dan selok" polis siasat KM Lim Eng Guan dalam kes Beng Hock.



Setelah "perancangan" itu tidak menjadi. Kepala babi pula digunakan. Mangsanya dua masjid sekitar Selangor.



Semua ini terjadi selepas "berbuih-buih dan berjela-jela" mulut Menteri Polis Hishamudin keluarkan kenyataan untuk mencari " penjahat" hingga ke lubang cacing.



Kita tunggu selepas ini kepala apa pula bakal "digunakan"........ Tunggu je lah weeh!
Yang pasti walaupun pelbagai "cara" digunakan untuk bangkitkan suasana "panas" antara Muslim dengan Non Muslim, rakyat semakin yakin dan mesra dengan PAS. Juga rakyat berbilang kaum di Malaysia semakin jauh dengan UMNO. UMNO penuh dengan 1001 kejahatan, mafia, kelanunan, jelek, buruk dan hodoh.

Monday, January 25, 2010

SPR, tidak puas lagi tipu rakyat?



Selepas demo BERSIH November 2007 dan menjelang PRU ke 12, SPR sekonyong-konyong mewar-warkan untuk gunakan dakwat di jari untuk pilihanraya ke 12. Katanya untuk atasi penipuan mengundi dua kali.




Setiap hari, timbullah wajah pembesar-pembesarnya di media barua UMNO beria-ria dan bersemangat untuk gunakan cara pengundi negara demokrasi terbear di dunia India. Dengan duit rakyat, SPR hantar pegawainya ke negara-negara yang gunakan dakwat untuk kajian . Akhirnya dibeli dakwat-dakwat itu dengan duit rakyat berjumlah RM2.4 juta.



Malangnya menjelang PRU 12, muncullah pembesar SPR Rashid, IGP Musa dan AG Gani membuat kenyataan untuk membatalkan penggunaan dakwat atas alasan keselamatan. Katanya ada orang telah beli dakwat dari negara luar untuk gunakan dalam PRU 12.



Sampai kini polis pimpinan IG Musa tidak dapat menangkap suspek. Akhirnya Parlimen dimaklumkan dakwat itu dimusnahkan. Rugi RM 2.4 juta. Duit rakyat. Berapa buah rumah PPRT dapat dibina dengan nilai tersebut? Tanya Anuar Musa. Dia ada pengalaman dengan PPRT!



Hebatnya "lakonan" Rashid, Musa dan Gani. Rakyat tertipu.


Kini SPR dibawah bos baru buat "lawak" lagi. Melalui mulut Timbalannya Wan Ahmad, SPR bercadang adakan pengundian awal dan tempoh bertenang. Dakwanya lagi SPR telah menghantar pegawai ke Thailand untuk mempelajari sistem tersebut.





Sifirnya mudah untuk kita melihat wajah sebenar SPR. Jika sistem yang diwar-warkan oleh SPR itu memihak UMNO, ianya akan dilaksanakan. Jika sebaliknya akan jadilah ia seperti nasib dakwat. Buang duit rakyat dan menipu rakyat.


Hoi SPR! Cukuplah buat "lawak bodoh" anda. Elok SPR hantar pegawai untuk kaji bagaimana untuk menjadi "kompenen UMNO" secara rasmi.


Bayangkan bagaimana rupa air Sungai Pahang jika dakwat SPR nilai jutaan ringgit itu dituang ke dalamnya? Adakah jadi seperti Sungai Furat ketika di serang Monggol?

Friday, January 22, 2010

Mungkinkah Serangan 9/11 berulang di KL?


Amerika menggunakan WTC sebagai modal untuk menyatukan rakyat Amerika menyokong kerajaan Bush menentang "pengganas Islam". Dengan mendapat nasihat dari pakar-pakar penasihat Yahudi, Bush merasakan perlunya tempat-tempat yang menjadi mercu Amerika dimusnahkan untuk menarik perhatian rakyatnya sekaligus meraih sokongan politiknya.



Hasilnya pada 11 September 2001, WTC dan Pentagon "dimusnah" hasil perancangan oleh Penasihat Yahudi ke telinga Bush.



Itulah modal Bush untuk menyerang Afghanistan dan Iraq. Dan seterusnya diikuti "pengikut-pengikut"nya seluruh dunia termasuk Dr. Mahathir. Tahun 2002, Mahathir mula patuh arahan "ketua"nya Bush untuk menangkap "pengganas Islam" lalu menyumbatnya dalam Kem Kemunting. Mahathir juga "mencipta" rompakan senjata Al Maunah untuk memburukkan Gerakan Islam.



Perangai jahat Bush hasil nasihat Penasihat Yahudi menjangkiti Pemimpin-Pemimpin seluruh dunia terutama yang membabitkan Negara Islam.



Lihatlah di Pakistan. Serangan bom keatas masjid-masjid. Ini semua bukan kerja "pelampau" agama tetapi hasil "seni" orang politik untuk mengekalkan kuasa! Walaupun nyawa rakyat jadi taruhan. Hal yang sama berlaku di Selatan Thailand. Amat mustahil serangan keatas masjid dan madrasah dilakukan oleh "pengganas Islam". Ini semua permainan politik Sang Penguasa untuk terus berkuasa.



Kita bimbang sekiranya serangan keatas Gereja kemudian akan disusuli serangan keatas surau dan mungkin selepas ini masjid pula jadi mangsa adalah "sama jenis permainan" dengan apa yang berlaku di WTC, Pentagon, Karachi dan Pattani.



Lebih-lebih lagi jika Sang Penguasa Putrajaya mengambil khidmat Penasihat Yahudi untuk pulihkan imej bagi meraih sokongan rakyat.



Moga-moga Menara KLCC maupun PWTC tidak menjadi "permainan terakhir" Sang Penguasa sepertimana WTC oleh Bush !




Tuesday, January 19, 2010

Apabila Raja "bergocoh" dengan Polis.......



Kita biasa dengar orang politik bergaduh dengan pihak Istana. Mantan MB Kelantan Muhammad Yaakob pernah "bergaduh" dengan Sultan Kelantan menyebabkan BN tewas di Kelantan. Pernah Anuar Musa "tabal" Sultan baru bagi Kelantan dan jajahan takluknya zaman Mahathir.


Dr Mahathir juga pernah "memalukan dan melondehkan" kedaulatan Raja Melayu semasa krisis perlembagaan 1988.


Begitu juga dengan UMNO Terengganu dengan Sultan Terengganu. Hingga dihina Sultan sebagai "menatang". Dahsyatnya jika orang politik terutama UMNO jika "berperang" dengan Raja-Raja Melayu.


Hari ini, satu lagi episod baru berlaku di tanahair kita iaitu apabila Raja berperang dengan Polis. Berlakunya aksi cabar-mencabar, dedah mendedah, lari melari dan main sorok-sorok!


Kelakar kan. macam budak-budak ?


Begitulah yang menimpa antara Raja Petra Kamarudin dengan IG Musa.


Kadangkala kita lihat "permainan" antara Raja dengan Polis ini umpama versi filem Hollywood. Dimana dikala seseorang itu sedang diburu, tiba-tiba orang yang diburu itu tahu segala gerak geri pemburu seperti aktiviti di rumah, pejabat hatta pemburu buang air pun dia tahu! Macam pasang CCTV dalam rumah pemburu.
Siap main "sorok-sorok" dan "kata mengata". Ada kata Raja Petra berada di Poland, UK bahkan Raja Petra mendakwa beliau masih berada di Malaysia tetapi malangnya IG Musa tidak dapat mengesannya. Main "sorok-sorok" katakan!
Teguh dan berani juga Raja Petra. Siap sanggup korbankan anaknya demi kebenaran. Raja Petra bagi sekali dalilnya dengan kisah seorang ibu zaman Rasulullah yang rela anaknya seorang demi seorang terkorban demi Islam. Hebat juga kerabat diRaja Selangor ini bagi hujahnya.
Tiada diketahui kesudahan kisah "perang " antara seorang bernama Raja dengan manusia berjawatan tinggi Polis ini.
Moga Raja Petra cepat- cepat berjumpa dengan IG Musa di Mahkamah. Biar Mahkamah yang menentukan siapa yang benar dan sebaliknya. Tidak perlu cabar mencabar dan sembunyi-sembunyi lagi. Nanti seluruh dunia ketawakan perangai keanak-anakkan kita.
Apa yang penting, kita tidak mahu Raja Petra kehilangan anaknya dan kita juga tidak mahu IG Musa diganggu Raja Petra kerana IG Musa pernah mendapat rawatan jantung di IJN. Takut-takut bertambah penyakitnya nanti.

Friday, January 15, 2010

Kini UMNO dikandang orang salah!


Dulu jika ada perkara yang berkaitan sentiviti agama, PAS sering menjadi sasaran. PAS dilabel sebagai ajaran sesat, pelampau agama, komunis, tolak pembangunan dan pengganas.



Pembunuhan Memali, PAS dituduh mahu lancarkan revolusi dan gulingkan kerajaan dan tubuhkan kerajaan ala-Iran. Bahkan Assyahid Ustaz Ibrahim dituduh bawa ajaran sesat. Dijaja dan diulang-ulang "ayat -ayat jahat" itu oleh UMNO, Berita Harian, Utusan Malaysia dan RTM ke serata Malaysia.



Begitu juga apabila kuil Hindu dan kilang arak di Shah Alam di serang. PAS cuba dikaitkan. Tidak ketinggalan peristiwa "rompakan" senjata di Bukit Sauk. PAS juga cuba dikaitkan.



Ketka itu, UMNOlah didakyahkan sebagai segala-galanya yang baik. Sebagai hero, pahlawan, pembela bangsa dan ugama, moden, toleransi dan "segala mak nenek" kebaikan.



PAS ketika itu senantiasa berada di"kandang orang bersalah". Tiada siapa yang sudi berkawan. Bahkan istana juga seolah "takut" memberikan title "Datuk" kepada pemimpin PAS. Dato Asri dapat title ketika PAS dalam BN.



Kini zaman telah berubah. Pemikiran rakyat telah berubah. Rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi seperti zaman 60an,70an,80an dan 90an.



Terbaru, apabila Gereja di serang, PM Najib sekonyong-konyong menafikan anggota UMNO terlibat. Ini menunjukkan Najib tahu rakyat tidak melihat PAS sebagai pihak yang disyaki. Sepantasnya Najib cepat-cepat menafikan UMNO terlibat. Tentunya beliau tahu, rakyat melihat kes ini dengan "jelingan tajam" terhadap UMNO. Barangkali Najib tahu sebab-sebabnya.



Bermula PM, Timbalan dan Menteri UMNO bertungkus lumus menafikan penglibatan UMNO. Peliknya tiada pula penafian oleh Menteri MCA, MIC dan GERAKAN !


Barangkali kerana itulah Najib, Hishamudin, Muhyiddin "lari" ke luar negeri untuk "tenangkan" fikiran.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...