ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, August 13, 2013

Jumlah penjenayah lebih dari polis dan tentera....AJAIB!


Jumlah bilangan penjenayah di Malaysia mengikut perkiraan mudah Menteri Polis Malaysia Zahid Hamidi :

2,600* bertambah menjadi 26,000

kemudian 26,000 bertambah menjadi 266,000.

Macam sistem MLM ! MLM bukan sahaja sesuai untuk perniagaan bahkan untuk penjenayah !

( * Itu yang dilepaskan dari penjara Simpang Renggam . Belum lagi dicampur dengan yang berkeliaran bebas di sana sini)

  Manakala jumlah anggota PDRM seluruh negara adalah 112,538 orang. Dan jumlah anggota ATM adalah 124,000 orang.

Jika jumlah anggota PDRM dicampur dengan anggota ATM ialah 236,538 orang.

 Manakala daripada  112,583 anggota polis hanya 10,150 anggota sahaja yang memerangi jenayah iaitu hanya sembilan peratus.

Maknanya sekarang ini di Malaysia, penjenayah lebih ramai daripada jumlah keseluruhan anggota PDRM dan ATM.

Mengapa hal ini terjadi ?

Adakah Polis bersahabat dengan penjenayah macam kucing berbaik dengan tikus?

Hari ini kedai judi diserbu, esok ianya dibuka lagi.Balai Polis hanya 200 meter sahaja!

Adakah ini terjadi kerana kenaikan pangkat PDRM ditentukan oleh penjenayah?

Adakah polis kita di"ternak" oleh penjenayah?

Atau adakah orang politik "ternak" penjenayah, manakala polis "takut" dengan orang politik?






Thursday, August 8, 2013

Adakah anda bersama "Pembunuh Senyap"?






 
 Kadang kala kita tidak sedar kita hidup, ceria, riang riang, kenyang,sedawa bersama "pembunuh senyap". Hati-hati.




SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI : Maaf Zahir Batin





Semoga amalan kita sebulan Ramadhan Al Mubarak diterima Allah Taala.
Selamat Hari Raya Idil Fitri.Maaf Zahir Batin 

daripada : Abu Kholid Marwan@Tok Pepijat@Abu Dhomdhom

Monday, August 5, 2013

MESIR KINI : Halwa terakhir.






Ayuh sempat lagi kita mengguli halwa ini
Ayuh sempat lagi kita masak halwa ini
Ayuh sempat lagi kita bahagi-bahagi halwa ini untuk semua


barangkali inilah halwa terakhir kita
untuk kita sama-sama menikmatinya
pada 1 Syawal nanti........

Kerna
selepas ini
kita bakal menikmati
makanan syurga
anugerah buat para Syuhada'

Apabila pistol dan gari mula berjoget.......


Mengapa Amerika meruntuhkan bangunan kebanggaannya sendiri WTC pada 11 September 2011 hingga mengorbankan rakyatnya sendiri seramai 3,000 orang?


Kerana Amerika mahu menyerang Afghanistan dan negara Islam yang lain.

Tanpa alasan yang "relevan", Amerika akan dikutuk dunia.

Oleh itu Amerika kena mencipta"alasan dan dalil" bagi menghalalkan tindakannya juga "melahirkan seekor kambing hitam" untuk disembelih!

Mudah analogi ini.

Melihat kepada situasi jenayah sekarang di Malaysia, tidak mustahil ianya berlaku.

Apabila Ordinan Darurat(EO) di hapuskan oleh orang politik, tentunya satu masalah untuk "dihidupkan" semula.

Oleh itu perlu ada satu "lakonan" untuk agar EO dihidupkan kembali tanpa bantahan ramai.

Maka "terciptanya" lakonan antara orang politik dan pihak keselamatan agar "hantu EO" kembali mengganas secara berhemah!

Alaa...macam di Mesir kini.Selepas kudeta tentera,barulah ada bekalan minyak dan elektrik serta polis mula bertugas menjaga lalulintas dan keselamatan.Sabotaj!

Saturday, August 3, 2013

MESIR KINI : Bakal lemas di atas darat...!



Dijangkakan Regim as-Sisi bakal melakukan pembersihan habis-habisan terhadap rakyat Mesir selepas 1 Syawal nanti.

Dengan sokongan Amerika,Israel,Saudi dan UAE, regim as-Sisi akan mula mengerah samseng,polis dan askarnya menggempur habis-habisan penyokong Morsi dan demokrasi.

Caranya dengan mengupah samseng-samseng,SB polis melakukan lakonan "provokasi" terhadap Tentera untuk memberi jalan dan penyebab tembakan di hala terus kepada rakyat Mesir.

 Anda boleh bayangkan bagaimana aksi SB-SB Malaysia melakukan provokasi di setiap BERSIH. Begitulah aksi makhluk satu spesis mereka di Mesir.

Taktik SB-SB seluruh dunia sama sahaja. Provokasi .

Regim as- Sisi kini dengan kerjasama Mossad (Israel)sedang memasang perangkap untuk mencetuskan "ALGERIA 2 " di bumi Kana'an ini.

Apabila berlaku pertempuran senjata,maka dengan senang lenangnya Regim As-Sisi mengerah kekuatan tenteranya untuk menggempur rakyatnya sendiri.

Apabila ribuan rakyat Mesir terbunuh,Amerika,Saudi dan UAE akan tampil untuk menyatakan "simpati,kasihan dan takziah". Dan seterusnya menuduh Al Qaeda terlibat. Juga menuduh HAMAS juga bersubahat dengan membekalkan senjata kepada penentang Regim As-Sisi.

Dan jika Regim as-Sisi tidak terdaya menentang arus kebangkitan rakyat Mesir, sekonyong-konyong Amerika melalui PBB menghulurkan pendamaian dan gencatan senjata.

Taktik yang sama digunakan semasa Israel hampir tewas ditangan Mesir dalam Perang Ramadhan 1973 dan Perang Bosnia 1990.

Percayalah jika Tentera Firaun Kuno mati lemas di Laut Merah akibat belahan tongkat Musa as,tidak mustahil Tentera Firaun Moden juga mati kelemasan.

Cuma,bezanya Tentera Firaun Moden bakal mati kelemasan di daratan ! InsyaAllah.





Friday, August 2, 2013

Arab Saudi yang munafik.




Sungguh memualkan dan menjijikkan sehingga kini Pemerintah Tanah Suci Arab Saudi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang pembunuhan lebih 500 rakyat Mesir yang menentang kudeta tentera.

Mengapa Saudi tidak mengambil sikap terus terang Amerika melalui lisan Setiausaha Negaranya John Kerry yang menyokong kudeta sebagai "pemulihan demokrasi" ?

Sikap hipokrit Saudi sungguh ketara. Dalam isu Syria, begitu bersungguh-sungguh menyokong rakyat Syria yang menentang regim Bashar. Saudi menggunakan alasan Syiah, untuk menentang Bashar untuk mengaburi rakyatnya dan umat Islam.

Didakyahkan tentang kekufuran,kesesatan serta kejahatan Syiah tetapi dalam masa yang sama membenarkan puak Syiah masuk mengerjakan haji.Pelik bukan ?

Sebenarnya Saudi menentang Bashar bukan atas dasar Syiahnya Bashar tetapi lebih kepada mengikut telunjuk Amerika.

Sikap munafik Saudi terserlah dengan diam membisu tentang pembunuhan tentera Mesir terhadap rakyatnya sendiri.Bahkan lebih jahat lagi Saudi turut sama menyumbang bantuan kewangan serta merta kepada  tentera Mesir sebaik sahaja Presiden Morsi digulingkan.

Sumbangan bernilai bilion dollar itu boleh disifatkan sebaga tanda terima kasih Saudi kepada  tentera Mesir.

Kalau dilihat kepada sistem pemerintahan Saudi dan Mesir(era Mubarak dan Sisi) ianya sama sahaja walaupun nama berlainan. Saudi dengan monarkinya manakala Mesir dengan diktatornya. Keduanya kuku besi.

Umum mengetahui hubungan erat regim Mubarak dengan Saudi terjalin begitu lama hinggalah Mubarak digulingkan.Tentunya pemulihan demokrasi Mesir mengancam kehidupan Istana Saudi.

Sebenarnya, yang menjaga kepentingan dan keselamatan Israel di Timur Tengah bukanlah Amerika Syarikat. Amerika sekadar "pemberi arahan". Yang betul-betul "menjaga" Israel adalah Mesir(era Mubarak) dan Saudi.

Kedua negara inilah di beri "amanah" untuk menjaga anak emas Amerika. Kejatuhan Mesir ke tangan Ikhwanul Muslimin bukan sahaja menggugat Israel bahkan Arab Saudi.

Sebab itulah kini Israel dan Arab Saudi "berganding tangan" memberi sokongan dan bantuan kepada Regim Tentera Mesir untuk membunuh umat Islam Mesir!

Jika Syeikh Muhammad Abdul Wahab  masih hidup, tentulah beliau melihat inilah "bid'ah dan khurafat" Pemerintahan Arab Saudi yang wajib diperangi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...