ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, April 17, 2011

Pasca PRU Sarawak : PAS tidak hilang deposit.


PRU Sarawak telah selesai. Beberapa fakta perlu diketahui mengenai PRU ini. Antaranya:

1) DAP menang 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi. Undi popular 135,000.
2) PKR menang 3 kerusi daripada 49 kerusi yang ditandingi. Undi popular 117,00.
3) PAS gagal memenangi 5 kerusi yang ditandingi. Undi popular 9,700. Tiada hilang wang deposit.

Jika di jumlahkan keseluruhan undi untuk Pakatan Rakyat kira-kira 261,000 undi. Manakala undi BN pula 372,000 undi. BN mempunyai kelebihan 111,000 undi.

Majoriti orang Cina memilih DAP. Manakala orang Melayu memilih PBB. Manakala undi orang Iban dan bumiputera lain berpecah.

Friday, April 15, 2011

Semangat Rosli Dhoby.


Rakyat Sarawak akan mengundi esok untuk memilih 71 wakil rakyat mereka. Inilah pilihanraya paling sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.


Jika pilihanraya terdahulu, BN senantiasa dihadapan dan KM Taib Mahmud selesa dan tidur lena tetapi kini keadaan sudah berubah.


Dengan maklumat dihujung jari , tsunami PRU 2008 di Semenanjung dan situasi kejatuhan diktator di Mesir dan Tunisia, semuanya bakal mengubah lanskap politik bumi kelahiran Rosli Dhoby ini.


Yang pasti, nasib SUPP akan senasib MCA di Semenanjung. Pilihanraya kecil terakhir di Sibu sebagai aras penanda masyarakat Cina di Sarawak. SUPP bakal di kuburkan di jirat Cina Sarawak.


Manakala PBB (macam UMNO di Semenanjung) akan terancam dengan kedatangan pengaruh PAS dan PKR.


"Pembuangan" guru-guru yang pro PAS dari Semenanjung ke Sarawak inilah antara pemangkin pengaruh PAS.


Juga penerimaan non Muslim Sarawak dengan kedatangan PAS ke tempat mereka. Bendera PAS dikibar dan dipasang tanpa segan silu dan ketakutan oleh penduduk tempatan.



Kini, rakyat Sarawak bakal membuat catatan sejarah tersendiri dengan kehadiran pertama calon PAS ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ini bukanlah perkara yang mustahil. Jika Johor yang terkenal dengan Darul UMNOpun, sudah ditembusi dengan 2 orang ADUN PAS, Sarawak bakal "diterangi bulan purnama" buat pertama kali.





Thursday, April 14, 2011

Anwar, jalan kita masih jauh....


Sekonyong-konyong anak kerabat Diraja Selangor berputar 360 darjah. Pengendali Malaysia Today hari ini "menjilat" balik muntahannya.

Kini beliau sebaris dengan Ezam, Zulkifli Nordin, Nalla, Zaid Ibrahim dan sewaktu dengannya.

Kisah-kisah hikayat insan-insan diatas sebenarnya telah lama dilalui oleh PAS. Ramai penceramah PAS yang "hebat" memaki hamun UMNO apabila berada atas pentas ceramah kini berada di pihak UMNO. Di kaki lima UMNO dan memakai terompah pula.

Cumanya pengalaman itu "amat jarang" berlaku kini didalam PAS.

Mengapa?

Sistem Tarbiyyah. Itulah bezanya PAS dengan yang lain.

Anwar, jalan anda masih jauh. Jangan malu berguru dengan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi. Mereka berdua insan mulia yang tidak harapkan kemewahan dunia.

Bencana kepada Anwar, jika BN tewas di Sarawak!


IGP Mael semakin lincah dan galak meneruskan "permainan" video lucah ciptaan Rahim dan Gengnya.


Sebelum ini, beliau membuat kenyataan bahawa video itu "sahih".


Hari ini dengan bantuan media barua UMNO, IGP Mael mengeluarkan lagi kenyataannya tentang "mengenal pasti" pelakonnya pula.


Satu demi satu, IGPMael mengeluarkan kenyataan. Beliau bakal mengeluarkan kenyataan lagi minggu depan.


"Permainan" ini bakal berakhir selepas Pilihanraya Sarawak.


Agaknya apa pula kenyataannya selepas ini. Barangkali kenyataannya nanti bergantung kepada keputusan pilihanraya Sarawak.

Adakah jika BN tumbang, pelakonnya "sudah pasti" Anwar. Jika BN menang, Rahim dan Gengnya akan ditahan?


Rakyat masih tertunggu-tunggu, bilakah Rahim dan Gengnya akan ditangkap oleh anak buah IGP Mael kerana miliki dan menyiarkan video lucah.


Apa yang pasti imej IGP Mael sudah sama taraf dengan mantan IGP Musa.

Tuesday, April 12, 2011

Yang pasti PRU 13 berlaku apabila INI berlaku.


Mungkinkah PRU 13 bulan Jun ini? Apa tanda isyarat atau paras yang bakal dilihat oleh PMNajib untuk bubarkan Parlimen?


Antara faktor yang bakal dilihat oleh Najib ialah keputusan pilihanraya DUN Sarawak.

Apapun, faktor yang yang menjadi puncar besar buat Najib adakan PRU 13 adalah situasi PAS.


PAS bakal adakan Muktamarnya di Kuala Lumpur dengan adakan pemilihan. Bermula jawatan Presiden, Timbalan, Naib, Ketua Pemuda, Muslimat bakal dipertandingkan atau pemilihan baru.


Saat inilah yang sedang diintai dan diperhatikan oleh PMNajib untuk bubarkan Parlimen.


Pendokong PAS harus bijak menangani isu pemilihan ini. Jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk "hasilkan pepecahan" diisi oleh UMNO.


Seharusnya disaat sebegini, semua orang memikirkan kepentingan kesatuan, perpaduan dan tolak ansur.


Semua pihak perlu "mambisu" dari mengeluarkan kenyataan yang bakal cetuskan "modal" buat UMNO.


Satu lagi, semua pimpinan WAJIB jauhi dari ditemuramah oleh media barua UMNO seperti Utusan, Berita Harian dan sewaktu dengannya.


Jangan ada lagi pimpinan yang "GILA GLAMOUR" untuk wajahnya keluar di kaca TV3 atau RTM.

Kita melihat jika ada wajah pimpinan yang sudi ditemuramah untuk siaran TV3, bermakna mereka masuk "perangkap" UMNO !

Wednesday, April 6, 2011

Anda sudah beli Payung Terjun?



Dulu Cina. Kini tiba giliran Melayu jadi mangsa. Ini bukan isu perkauman. Semuanya berlaku di pejabat SPRM.


Cara mati pun sama. Jatuh. Jatuh dari bangunan ke bawah.


Dulu Beng Hock didakwa tidak balik rumah selepas disiasat. Barangkali tunggu "cerah tanah", baru mahu balik.


Kini, orang Kastam didakwa jatuh selepas datang pejabat SPRM selepas dibebaskan dengan ikat jamin. Berminat pula arwah mengunjungi pejabat SPRM sama seperti Beng Hock yang "berminat" tidur di sofa SPRM.


Kematian orang Kastam berlaku selepas pegawai SPRM meninggalkannya dalam pejabat dalam tempoh 5 minit.


Jika Beng Hock disiasat melibatkan wang tidak lebih RM3,000, arwah disiasat melibatkan juta-juta RM.


Siasatan ke atas arwah dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.


Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.


Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.


Nampaknya semakin berlanjutan kes Beng Hock, semakin nampak " sinar kebenaran" sepertimana semakin "mengembang" isu video milik Rahim dan gengnya semakin terbongkar kerja jahatnya.


Barangkali selepas ini, setiap orang yang dipanggil untuk disiasat di bangunan SPRM wajib dibekalkan "payung terjun" agar terselamat jika jatuh atau terjun dari bangunan SPRM.

Tuesday, April 5, 2011

Skrip semakin tersasar....buat "filem" lain.


Isu tape lucah ciptaan Datuk T belum reda lagi walaupun telah 2 minggu berkumandang di angkasa Malaysia.


Bahkan semakin "mengembang" isu berkenaan. Bermula kisah penyiarannya di Bukit Carcosa. Disusuli dengan ugutan Eskay, Rahim dan Shuib mengugut Anwar supaya letak jawatan.


Kemudian timbul "perut buncit" dalam video berkenaan. Ianya berkembang lagi dengan pendedahan "pengarah dibalik tabir" 3 trio Datuk T.


Semasa timbul "perut buncit", sekonyong-konyong sepupu Najib menafikan pembabitan polis dalam isu ini.


Isu ini terus mengembang dengan kenyataan IGP Mael yang mengesahkan "ketulenan" video tersebut.


Peliknya IGP Mael tidak pula arahkan anak buahnya tangkap pemilik video tersebut yang bersalah kerana memiliki dan menayangkan video lucah itu kepada umum. Di sini sikap PDRM dipersoalkan. Pensalah di depan mata dibiarkan bebas semata-mata kerana mereka ada pangkat.


Apa maksud IGP Mael dengan istilah "ketulenan" ? Adakah beliau maksudkan "ketulenan" itu adalah "pelakon" ?


Isu ini semakin mengembang , berbelit-belit dan berputar-putar .

Yang pasti, isu ini sudah tidak mengikut skrip yang ditetapkan. Semakin tersasar. Rakyat semakin diperbodohkan oleh Sang Pemerintah UMNO/APCO.


Bodohnya UMNO kerana mahu membuat filem "box office", tetapi pilih pengarah-pengarah yang ada rekod rogol dan rasuah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...