ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, April 6, 2011

Anda sudah beli Payung Terjun?



Dulu Cina. Kini tiba giliran Melayu jadi mangsa. Ini bukan isu perkauman. Semuanya berlaku di pejabat SPRM.


Cara mati pun sama. Jatuh. Jatuh dari bangunan ke bawah.


Dulu Beng Hock didakwa tidak balik rumah selepas disiasat. Barangkali tunggu "cerah tanah", baru mahu balik.


Kini, orang Kastam didakwa jatuh selepas datang pejabat SPRM selepas dibebaskan dengan ikat jamin. Berminat pula arwah mengunjungi pejabat SPRM sama seperti Beng Hock yang "berminat" tidur di sofa SPRM.


Kematian orang Kastam berlaku selepas pegawai SPRM meninggalkannya dalam pejabat dalam tempoh 5 minit.


Jika Beng Hock disiasat melibatkan wang tidak lebih RM3,000, arwah disiasat melibatkan juta-juta RM.


Siasatan ke atas arwah dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.


Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.


Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.


Nampaknya semakin berlanjutan kes Beng Hock, semakin nampak " sinar kebenaran" sepertimana semakin "mengembang" isu video milik Rahim dan gengnya semakin terbongkar kerja jahatnya.


Barangkali selepas ini, setiap orang yang dipanggil untuk disiasat di bangunan SPRM wajib dibekalkan "payung terjun" agar terselamat jika jatuh atau terjun dari bangunan SPRM.

Tuesday, April 5, 2011

Skrip semakin tersasar....buat "filem" lain.


Isu tape lucah ciptaan Datuk T belum reda lagi walaupun telah 2 minggu berkumandang di angkasa Malaysia.


Bahkan semakin "mengembang" isu berkenaan. Bermula kisah penyiarannya di Bukit Carcosa. Disusuli dengan ugutan Eskay, Rahim dan Shuib mengugut Anwar supaya letak jawatan.


Kemudian timbul "perut buncit" dalam video berkenaan. Ianya berkembang lagi dengan pendedahan "pengarah dibalik tabir" 3 trio Datuk T.


Semasa timbul "perut buncit", sekonyong-konyong sepupu Najib menafikan pembabitan polis dalam isu ini.


Isu ini terus mengembang dengan kenyataan IGP Mael yang mengesahkan "ketulenan" video tersebut.


Peliknya IGP Mael tidak pula arahkan anak buahnya tangkap pemilik video tersebut yang bersalah kerana memiliki dan menayangkan video lucah itu kepada umum. Di sini sikap PDRM dipersoalkan. Pensalah di depan mata dibiarkan bebas semata-mata kerana mereka ada pangkat.


Apa maksud IGP Mael dengan istilah "ketulenan" ? Adakah beliau maksudkan "ketulenan" itu adalah "pelakon" ?


Isu ini semakin mengembang , berbelit-belit dan berputar-putar .

Yang pasti, isu ini sudah tidak mengikut skrip yang ditetapkan. Semakin tersasar. Rakyat semakin diperbodohkan oleh Sang Pemerintah UMNO/APCO.


Bodohnya UMNO kerana mahu membuat filem "box office", tetapi pilih pengarah-pengarah yang ada rekod rogol dan rasuah.

Sunday, April 3, 2011

WAJIB TAHU: Tajuk Sensasi Akhbar!


Menjelang PRU ke 13 ini, tajuk-tajuk di akhbar barua barua bakal mewajibkan satu tajuk berita untuk siaran di halaman depan akhbar.


Tajuk itu adalah berkisar tentang rasuah. Digembar gemburkan tentang kehilangan, ketirisan dan pengaliran duit haram ke luar negara. Juga disensasikan jumlah RM yang besar.

Terkini, tentang pendedahan oleh SPRM mengenai rasuah oleh pimpinan tertinggi Kastam Pahang.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penahanan itu membolehkan pihaknya membongkar pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu.

Menurut beliau, antara pembongkaran yang ditemui adalah terdapat pegawai yang memiliki kereta mewah, jam tangan buatan emas, jongkong emas serta menyimpan wang tunai yang banyak.

Beliau mendedahkan, seorang pegawai kanan berpangkat pengarah memiliki wang tunai RM65,000 yang ditemui berselerakan dalam rumahnya dan memiliki RM2.1 juta dan RM500,000 dalam dua akaun berasingan.

"Selain itu, kami turut menemui berkotak-kotak bunga api dan mercun serta rokok-rokok kretek di rumah pengarah tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Operasi 3B tersebut diadakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membongkar aktiviti pegawai kastam di pelabuhan yang meminta dan menerima wang rasuah daripada ejen penghantaran.

Mustafar berkata, terdapat juga pegawai mengaku menerima RM100 untuk setiap borang pengisytiharan duti K1 yang diproses dalam tempoh lima bulan yang lalu.

Beliau berkata, SPRM turut menemui wang simpanan sebanyak RM850,000 dalam sebuah akaun serta simpanan Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.

"Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, kami turut mendapati ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi.

"Turut dijumpai dalam operasi adalah lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru," katanya.


Daripada "cerita yang menghiburkan" diatas, apa yang anda dapat fikirkan?


i) Semuanya tentang "ikan bilis" .


ii) Mesej diatas adalah untuk menunjukkan bahawa PMNajib begitu "teruja, serius dan bersemangat" untuk hapuskan rasuah.


iii) Siapalah SPRM di mata rakyat Malaysia? Elok selesaikan dahulu kes Beng Hock.


iv) Mana 10 kes profil tertinggi yang digembar gemburkan menjelang PRU 11 oleh Menteri "Amah" dulu?


Cerita diatas tentang pegawai Kastam belum lagi Menteri Kabinet. Bilis bukan Jerung. Berani SPRM "londehkan" Menteri Kabinet?


Alasan basi lagi lapok SPRM, tiada kes dan tiada kes dan tiada kes jika libatkan Menteri UMNO. Itulah "zikir dan wirid" SPRM.


Jika libatkan ikan bilis dan pembangkang, SPRM bersemangat menyala-nyala!


Siapalah SPRM di mata rakyat Malaysia? Jangan SPRM bakal jadi bahan ketawa dan lawak pula.

Thursday, March 31, 2011

Beginikah kesudahan nasib Anwar?


Di ambang Rasulullah berhijrah ke Madinah, berlaku suatu mesyuarat antara Pimpinan Tertinggi Musyrikin Quraisy untuk bertindak terhadap Rasulullah.


Maka terdapat beberapa cadangan dari kalangan pimpinan Musyrikin. Antaranya :


i) Abu Al Aswad
- Usir Muhammad dari Mekah. Biarkan dia pergi ke mana tempat dia suka.

ii) Abu Al Bakhtari
- Penjarakan Muhammad. Penjara hingga mati.

iii) Abu Jahal
- Kita pilih seorang pemuda dari setiap Kabilah. Kemudian kesemua pemuda itu pergi membunuh Muhammad sekali gus.


Cadangan (i) dan (ii) bakal mengundang simpati dan menarik lebih ramai pengikut sepertimana label dan gelaran sebelum itu kepada Rasulullah seperti orang gila, pemecah belah masyarakat dan ahli sihir.


Akhirnya cadangan dari Abu Jahal dipersetujui oleh mesyuarat tertinggi Musyrikin.


Versi pertarungan antara Kebenaran dengan Kebatilan adalah sama dulu, kini dan selamanya.

Sunday, March 27, 2011

Utusan bakal jadi "Playboy" ?


Kini akhbar barua milik UMNO seperti Utusan, Kosmo, Berita Harian, NST dan Metro telah mengubah penampilan muka depannya.


Ini kerana pasarannya jatuh merundum akibat cara pelaporan dan pemberitaannya tidak telus dan menipu.


Taktik terkini untuk melariskan akhbar mereka ialah dengan cara meletakkan gambar "lucah" samada artis tempatan dan luar negara dan cerita sensasi tentang skandal seks.


Dengan pendekatan ini, barangkali pihak pengurusan media barua UMNO percaya ianya mampu menarik minat anak muda membelinya dan seterusnya percaya berita dalam akhbar berkenaan.


Barangkali selepas ini, akhbar-akhbar barua UMNO ini bakal mengisi tempat majalah Playboy.

Ribuan pelacur banjiri PWTC ?


Nampaknya sesiapa ingin buat filem, bolehlah ambil peruntukkan di Ibupejabat UMNO.


Syarat filem, mesti mengisahkan keburukkan pemimpin pembangkang. Jika mahu peruntukkan dan tender harga mahal, mesti masukkan "adengan lucah dan seks".


Tender menjadi lebih mahal lagi jika melibatkan mengisahkan Anwar Ibrahim. Khidmat nasihat secara percuma boleh dapati dari Rahim Tamby Chik dan Geng Tnya. Mereka pakar dalam bab ini.


Jangan hairan selepas ini, bangunan PWTC dibanjiri ribuan pelacur-pelacur untuk sesi uji bakat menjadi pelakon !


Itulah UMNO kita! UMNO serba boleh!

Selepas ini....keluarga Anwar pula jadi sasaran.


Menjelang PRU ke 13 ini, serangan UMNO/APCO terhadap Anwar Ibrahim dinaikkan ke tahap tertinggi.


Kita melihat betapa bersungguhnya UMNO untuk "memampuskan" karier politik Anwar. Dosa Anwar hanyalah kerana beliau hendak menjadi PM. Itu sahaja. Itupun jika dipanjangkan umur.


Sejarah politik Malaysia, inilah pertama kali UMNO mensasarkan secara khusus musuh utamanya iaitu Anwar.


Sejak Anwar dipecat tahun 1998 hinggalah kini, UMNO siang malam "bermesyuarat" untuk jahanamkan karier politik Anwar. Begitu benci sekali UMNO terhadap keliat Anwar.


Pelbagai label dan tuduhan dicipta untuk Anwar. Dari pengkhianat negara , "peliwat", ejen Yahudi, ejen Amerika, anti Melayu hinggalah terkini "pelakon" pula.


Semuanya tidak menjadi.

Barangkali selepas ini, sasaran ditujukan kepada keluarga Anwar pula seperti Dr.Azizah, anak-anaknya, menantu bahkan hingga ke cucunya pula.


Pelbagai "filem" bakal dicipta untuk malukan Anwar. Jika "filem" tidak menjadi, kamera CCTV bakal dipasang untuk rakamkan kehidupan peribadi keluarga Anwar dari bilik tidur hinggalah tandas!

Apa yang penting, malukan Anwar Ibrahim.


Apa yang UMNO tidak tahu tentang Anwar ialah setiap kali isu dicipta untuk burukkan Anwar, sebenarnya mencelikkan lagi rakyat tentang kejahatan UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...