ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Thursday, January 29, 2015
Apabila Drakula mula menghisap darah.......
Menyakitkan.Sungguh menyakitkan.Itulah rumusan kenyataan suspek yang bebas dari tuduhan membunuh dalam kes Altantuya Shaariibuu.
Berikut antara kenyataannya yang menyakitkan hati :
Antara kenyataannya yang "menghina" polis.“Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?” soalnya.
"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.
Sejak awal, semuanya satu naratif – pembunuhan, Najib, Razak dan perjanjian kapal selam.
Naratif ini disogokkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan semua orang seperti sekawan kerbau, ikut saja.
Drakula, pontianak, serigala jadian, siapa saja lah. Watak kesukaan saya selalunya Drakula.
Sekarang polis baru tahu hasil bersekongkol dengan orang politik.Habis madu,semuanya buruk,busuk dan hodoh.
Eloklah seorang di UK dengan bebasnya dan seorang lagi di Australia dengan tali gantung "memanggil-manggil" dari Malaysia.
Suspek bebas dari UK berkata,polis penyangak bunuh ramai orang dalam tahanan.Manakala suspek hukuman gantung berkata dia adalah menjadi "kambing hitam".
Pepatah Arab berkata," Antara dua hujah yang bertentangan,mesti satunya salah dan bohong."
Mana yang bohong? UK atau Australia?
Monday, January 26, 2015
Apabila Sang Kangaroo buka mulut.........
Razak Baginda bebas.Tinggal di UK.Bala sembunyi di India.Selepas buat pengakuan kluk klek(U-Turn) dan Bala akhirnya balik Malaysia dan hembus nafas terakhir di Malaysia.
Sekarang tiba giliran Sirul pula.Di hari "tali gantung" hendak dikalung di lehernya,dia asyik "bersantai riang" bersama Sang Kangaroo.
Adakah Sirul selamat di sana sepertimana Razak Baginda di UK? Atau adakah "penyeru arahan" kepada Sirul selamat dengan keluarnya Sirul dari bumi Malaysia?
Percayalah bukan "saja-saja" Australia "bela" Sirul.Ingat pesan PMNajib di Sarawak,"Gua bagi...you sokong...."
Dulu Singapura "pegang" PMNajib,terlepas Batu Putih.Tetapi Australia berbeza dengan Singapura.Australia tiada kepentingan dengan Malaysia.
Australia telus dan demokratik.Jika Sirul di sana,dia boleh buat "duit".Panggil penerbitan buku.Buat pendedahan demi pendedahan macam artis dan tokoh Barat buat buku.Mesti kaya raya Sirul. Terlepas tali gantung masuk pendapatan dalam poket.
Percayalah.Sekarang semua orang tidak 100% salahkan Sirul dan mahu Sirul digantung.
Sekarang 28 juta rakyat Malaysia dan 3 juta rakyat Mongolia sedang menunggu dengan penuh sabar Sirul buka mulut dan buat pengakuan,
"Dengan ini,saya Sirul Azhar Umar ingin membuat pengakuan bahawa saya mendapat arahan letupkan Altantuya Shariibuu dari seorang yang bernama..........................".
Sang Kangaroo bakal memusnahkan dan membinasakan karier politik seseorang.......!
Tuesday, January 20, 2015
POLITIK 2015 penuh keajaiban.......
DS Anwar akan berdamai dan bersama PMNajib.PMNajib amat memerlukan DS Anwar dalam menghadapi krisis ekonomi dan serangan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Timbalan PM Muhyidin sedang memerhatikan "peperangan" ini.Tunggu untuk bersiap sedia menangguk untung kemelut ini.Besar kemungkinan Muhyidin buat kem sendiri bersama Zahid Hamidi dan Shafie Afdal.
Jika Muhyiddin berbuat demikian,bermakna Anwar semakin rapat dan rapat dengan PMNajib.PMNajib sedang kelemasan.Anwar memberikan pelampung untuk beliau untuk selamat dari lemas politik.
Kesempatan ini Anwar rebut dengan kemas dan licik.Peluang Anwar untuk "hendak sangat" jadi PM semakin cerah dengan mendekati PMNajib.
Hasilnya,DAP akan bertambah musuh.Dulu dengan PAS kini dengan Anwar dan PKR.
Politik 2015 bakal menyaksikan, Anwar dan PKR bergabung dengan Najib.PAS berjuang sendirian begitu juga DAP.
CHARLIE HEBDO :Eropah diambang Perang Salib
Ketika Mujahidin menguasai Afghanistan,tiba-tiba Taliban muncul dan mengalahkan Mujahidin.Setelah 3 tahun menguasai Afghanistan,Amerika mencipta September 11 untuk menyerang Afghanistan dan Iraq.
Kini skrip itu seolah-olah berulang.Dalam situasi regim Iraq dan Syria diambang kekalahan,tiba-tiba ISIS timbul dan begitu kuat.Kemudian Amerika beri amaran kepada dunia tentang bahayanya ISIS.Akhirnya Charlie Hebdo dijadikan "bahan ujikaji" seperti bangunan WTC dalam peristiwa September 11.
Kita melihat ini adalah permainan Amerika dan kuncunya Israel.Peranchis dijadikan "makmal ujikaji" kerana Peranchis baru sahaja menngiktiraf Palestin.Selepas ini sasaran ujikaji beralih ke Britain,Jerman dan Canada.Semuanya gara-gara mengiktiraf Palestin.
CIA dan MOSSAD sedang bermain api untuk membakar umat Islam di Eropah.Mereka menyaksikan dengan gerun kebanjiran umat Islam di benua Eropah terutama di Peranchis dan Britain.CIA dan MOSSAD sedang meniup api kebencian agar kerajaan dan rakyat Eropah membenci Islam.
Dan Charlie Hebdo adalah permulaan untuk Perang Salib di Eropah.
Friday, January 16, 2015
Peluk Cium: Gelikah Syed dipeluk Rosmah?
Pelik juga melihat spesis UMNO yang mengampu.Sampai peringkat tolak halal haram semata-mata untuk mengampu.
Inilah yang berlaku pada Ketua UMNO Cheras yang berketurunan Syed.Adakah patut beliau menghalalkan hukum yang jelas haram semata-mata untuk mengampu dan pertahankan kesalahan yang jelas.
Dengan menganggap isteri PMNajib umpama ibu kepada Lee Chong Wei yang membolehkan Rosmah "halal" peluk Chong Wei sesuatu yang tersangat "jahil,bodoh dan tolol". Dengan siapa tuan Syed berguru? Dengan Abu Jahalkah?
Ketua UMNO Cheras itu dengan bangganya mengulang kembali kata "keramat" Rosmah yang menganggap beliau Ibu kepada 28 juta rakyat Malaysia kerana ambil berat kebajikan rakyat Malaysia.
Rosmah anggap dia "ibu" tetapi majoriti rakyat anggap beliau "biawak hidup" yang terpaksa dipikul oleh rakyat.Manakala Si Syed itu pula mengampu dan memberi"lesen besar" kepada Rosmah untuk peluk sesiapa sahaja kerana beliau adalah "ibu" rakyat Malaysia.
Kita tunggu Rosmah peluk Tuan Syed.Gelikah beliau dipeluk "ibu" rakyat Malaysia?
Ini "pandangan yang menyesatkan". Mana Majlis Fatwa?.
Thursday, January 15, 2015
Hoi PMNajib ! Hantar Airbus A319 9M-NAA ke Australia
Razak Baginda bebas dan kini hidup gembira di luar negara..Asalnya Sirul Azhar dan Inspektor Azilah Hadri dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan kemudian dihukum mati semula oleh Mahkamah Persekutuan.
Seperti Razak,Sirul terbang ke Australia.Tiada diketahui adakah "seseorang" bagi wang untuk Sirul mulakan kehidupan baru di bumi Kangaroo bagi menutup rahsia besar negara Malaysia!
Alasan Sirul yang terbang ke situ sejak Oktober lepas ialah tiada wang untuk beli tiket.Pada masa yang sama Australia enggan lepaskan Sirul balik kerana menyalahi undang-undang negara itu yang haramkan hukuman mati.
MP Kuala Terengganu Raja Bahrin boleh seludup anaknya keluar benua itu sambil dayung perahu,takkan lah SB Bukit Aman ketandusan idea untuk bawa pembunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Kita ada UTK,Para,RGK bahkan ribuan SB di serata bumi Malaysia.Tidak bolehkah kita kerah mereka untuk bawa Sirul balik.
Lagipun Sirul tiada kes jenayah di Australia.Dia cuma membunuh seorang gadis sahaja.Itupun secara bom dan tiada motif.Saja-saja.
Tiada wang beli tiket dan Australia tidak benar balik.Maka berbahagialah Sirul di bumi yang memang asalnya untuk penjenayah berat.
Untuk selesaikan masalah ini,cuma isteri PM sahaja boleh selesai.Beliau boleh buat panggilan telefon kepada PM Australia Tony Abbott mohon hantar balik Sirul.Jika Canberra kedekut pakai kapalterbang Qantas,Rosmah boleh arah PMO hantar kapalterbang rasmi negara Airbus A319 9M-NAA ke sana.Lagipun kapalterbang itu baru dibaiki di Innapolis semasa PMNajib dan isteri main golf di Hawaii.
Sunday, January 11, 2015
Rakyat ikut ugama pemimpin
Terkejut "beruk" umat Islam bila ada anak gadis Islam,Melayu,bertudung dengan rela benarkan lelaki bukan Islam dan penyanyi K-Pop peluk dan cium mereka.
Ini kali kedua gadis Melayu,Islam dan bertudung buat "hal".Dulu peluk anjing.Kecoh juga.Segala "mak nenek" agamawan bersuara.Haram.haram dan haram.Itulah fatwa mereka.
Kini lebih dahsyat.Peluk dan cium. Barangkali mereka pelik dan terkejut kerana masyarakat Islam negara ini terutama pemimpin mereka begitu "patuh" dengan ajaran Islam.
Barangkali semua isteri pimpinan bertudung litup? Seperti isteri PM dan Hishamudin?
Barangkali tiada pimpinan wanita berpeluk dengan pemain no 1 dunia badminton?
Barangkali tiada pimpinan wanita lulusan Al Azhar cium tangan PM?
Dan barangkali tiada filem Melayu yang ada adegan peluk bukan muhrim ?
Jadinya,apabila gadis Melayu bertudung dipeluk lelaki Korea K-Pop dilihat satu situasi yang amat pelik di Malaysia..begitu ?
Bayangkan jika kita panggil si gadis Melayu yang dipeluk Korea itu dan tanya mengapa begitu begini, maka dijawabnya,
i) Rosmah peluk Chong Wei tiada yang kecohpun!
ii) Mashitah cium tangan Pak Lah tiada yang gemparpun !
iii) Aksi filem Melayu atas ranjangpun tiada Pak Mufti bising-bisingpun !
Apa kita mahu jawab?
Rakyat ikut agama(perangai) pemimpin mereka. Benarlah sabda Nabi kita 1400 tahun yang lampau.
Subscribe to:
Posts (Atom)