ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, February 17, 2014

Tiada setitik darah gugur di......



Bila Teresa Kok "menghina" PMNajib,serentak segerombolan NGO UMNO mencari ayam untuk disembelih atas foto Teresa,Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Mengapa mereka bertiga dilumur darah? Kerana mereka Cina dan DAP.

Tetapi bila Kasim Ahmad membawa pemikiran sesatnya di pejabat Mahathir dan Mahathir rasmikannya, tiada seekor pun ayam disembelih dan tiada setitikpun darah ayam atas foto Kasim dan Mahathir.

Mengapa mereka berdua terselamat dari darah ayam? Kerana mereka UMNO dan Melayu.

Tereka,LKS dan LGE tidak hina Islam,tidak hina ulamak tetapi "menghentam dan kritik" kerajaan dan PMNajib.

Kasim Ahmad menghina Islam,Rasulullah dan ulamak serta Mahathir tukang promosi dan dokong.

Bagi NGO UMNO seperti Persatuan Pengguna Islam,PERKASA,PEKIDA menghina Najib lebih "besar dosa" dari menghina Islam dan Rasulullah.

Tiada "seekor" pun pimpinan NGO ini bersuara tentang kesesatan Kasim.

Semua menikus takut "kemurkaan" Mahathir!

Sunday, February 16, 2014

Dua Orang tua yang SATU KEPALA !





Dalam suasana Kerajaan "memburu" pengikut Syiah,tiba-tiba Yayasan Kepimpinan Perdana menganjurkan "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" dengan Dr Mahathir sendiri merasmikannya.

Di sini menjelaskan lagi kesepaduan dan kemuafakatan berfikir dua tokoh iaitu Dr Mahathir dan Dr Kasim Ahmad. Menariknya mereka berdua berusia 80an.Umur diambang sore.

Apabila Mahathir izinkan penganjurannya di Yayasannya malah merasmikannya memaknakan Mahathir setuju dengan pemikiran Kasim Ahmad.

Pemikiran Kasim Ahmad sama seperti pemikiran Dr Rashad Khalifah dengan KOD 19nya.

Kasim Ahmad seorang sosialis kemudian menjadi UMNO semasa era Mahathir tahun 80an. Pada masa itu Kasim memperkenalkan ideologinya sesatnya Anti Hadis dengan buku ,Hadis : Satu Penilaian semula."

Persoalan,bagaimana Dr Mahathir menghamparkan permaidani merah buat Kasim Ahmad di Yayasannya untuk Kasim sebarkan ajaran sesatnya bahkan Mahathir yang merasmikannya?

Walaupun seminar itu diadakan berdekatan dengan JAKIM,kita percaya dan yakin Menteri Agama Jamil Khir Baharom "amat takut" untuk bertindak sepertimana beliau dengan aksi "terus terjun tanpa turun tangga" untuk bertindak keatas ajaran sesat yang lain.

Ini kerana Dr Mahathir ada di belakang ajaran sesat Kasim Ahmad. Jamil Khir tentu takut dengan "sergahan" Mahathir !


Monday, February 10, 2014

PAS masih "malu-malu" ?



Perkauman masih menjadi juadah bagi UMNO dan sekutunya untuk dihidangkan kepada rakyat Malaysia walaupun sudah hampir 60 tahun merdeka.

Kini menjadi satu trend jika mana-mana rakyat Malaysia berbangsa Cina jika menghemtam dan membangkang kerajaan maka secara automatik dilabelkan sebagai "menghina Melayu,Islam dan Raja-Raja Melayu".

Bermula dengan isu sumbat kangkung dalam "mulut" PMNajib hingga kes Teresa Kok,UMNO dan NGOnya begitu bersemangat "mengipas" nya agar bertambah "api perkauman".

Bagaimana cara mengatasinya?

Di sini peranan PAS amat besar untuk menimbus,memampuskan dan menyahkan hasutan UMNO dan NGOnya.

Pimpinan PAS terutama pakar strateginya perlu memikirkan peranan PAS untuk ke hadapan dalam isu-isu ini.

Politik Malaysia masih tidak "mengizinkan" orang Cina ke hadapan untuk mengetuai demostrasi maupun kempen menjatuhkan UMNO.Jika orang Cina memainkan peranan ini,ianya satu modal yang amat "besar" bakal diraih oleh UMNO.Percayalah.

Inilah menyebabkan orang kampung,nelayan,peneroka begitu "teruja dan termakan" hasutan UMNO.Cina akan ambilalih negara ini!

PAS perlu memikirkan bagaimana PAS menjadi "pemimpin" dalam isu ini.

Lihat bagaimana peranan Unit Amal menjadi sebutan pujian di kalangan orang Cina yang mengambil bahagian dalam BERSIH sebelum ini.Mereka menganggap Unit Amal sebagai pelindung.

Jika "anak" PAS dianggap pelindung,bagaimana pula PAS sendiri?

Setakat ini walaupun PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS,tetapi dalam isu membabitkan kaum Cina dan India,PAS belum begitu ke depan untuk menangani isu tersebut.Antaranya kes yang membabitkan kematian seperti Teoh Beng Hock dan Kugan.

PAS menjuarai kes Amirurasyid,DAP pula dengan kes Beng Hock dan PKR dalam kes Kugan.

Seolah-olah PAS untuk Melayu,DAP dengan kecinaannya dan PKR melalui Surendran dan Sivarasa untuk India.

Jika begini bagaimana PAS itu untuk semua ?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...