ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, February 1, 2012

Hasan Ali telanjangi diri sendiri.


Kes Hasan Ali mengingatkan kita kepada kumpulan Islah yang ditubuhkan selepas PAS mengikat kerjasama dengan Semangat 46. Cuma bezanya, Islah bertindak secara kumpulan manakala Hasan Ali di lihat lebih kepada individu.

Kumpulan Islah pertama timbul hasil daripada tindakan pimpinan PAS membawa PAS menjadi ahli kompenen BN tahun 1974. Hasil kerjasama itu MB Kelantan daripada PAS.

Kumpulan Islah kedua wujud hasil ketidakpuas hati ahli PAS terhadap pimpinan PAS yang berkerjasama dengan S46. Mereka berdalilkan S46 adalah berkulitkan UMNO juga. Hasilnya mereka bertanding melawan calon PAS dan hilang wang pertaruhan ! Dan PAS berjaya menawan semula Kelantan tahun 1990.

Mulanya kumpulan Islah mendapat simpati ahli PAS bawahan, tetapi apabila kumpulan Islah mula menyerang dan memaki hamun pimpinan ulamak PAS, nilai moral kumpulan Islah jatuh merudum.

Begitulah juga kisah Dr Hasan Ali. Beliau hebat dengan ucapan motivasi. Malangnya beliau tidak dapat bezakan antara bidang motivasi dengan politik.

Barangkali mulanya simpati terhadap beliau daripada ahli PAS adalah tinggi. Bahkan ramai yang sayangkan beliau dengan memberi nasihat agar beliau banyak bersabar dan membuat rayuan.

Malangnya tindakan beliau menghentam dasar parti dan pimpinan dengan ucapan persis Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan sewaktu dengannya menimbulkan tandatanya ahli PAS yang mulanya simpati dengan beliau.

Dulunya ahli menganggap krisis beliau bersifat peribadi dengan Khalid Samad. Tetapi akhir-akhir ini melihat kepada ucapan beliau macamlah beliau begitu gilakan jawatan terutama jawatan MB seperti yang ditawarkan oleh UMNO Selangor pasca PRU 12 !

Ucapan beliau di pentas penuh dengan kutukan terhadap pimpinan PAS, ego, sombong dan takbur.

Hasan Ali kini bukan lagi dikenali sebagai bekas pimpinan PAS, pakar motivasi tetapi jelmaan semula pegawai BTN.

3 comments:

otaklunyai said...

cita2 beliau terlalu besar... nak memerintah... sebab dulu pun masa jadi kakitangan kera-jaan gagal utk menempatkan diri menjadi KSU. Jadi dgn masuk pakatan harap cita2 besar yg tersembunyi itu akan dapat dilunaskan... tapi malangnya Allah Maha Besar dan Maha mengetahui akan niat kotor dihati hamba2Nya. Cita2 itu pun terbantut... tembelangnya sudah terbongkar, busuk satu negara... "Bentara Guru Dah Tahu"...

Sudahlah Pak Asang... cukup2lah tu... umurpun dah senja... bertaubatlah dan lembali kepangkal jalan... nawaitu yg tak elok itu telah diketahui orang... sudah2 leeee...

ROJAK said...

semoga Allah berikan hidayah kepada hasan ali

Juasseh Cafe said...

Apa dia nak dah dapat pun, publisiti secara meluas, akhbar dan media elektronik asyik muka dia je,itu tak islamik ini tak islamik, islamik macam mana la yang dia nak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...