ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, December 19, 2008

Jaga Hishamudin! GAPENA dah mula asah keris!


Alhamdulillah! Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia(GAPENA) dah kembali ke jalan yang benar. Taubat Nasuha. Amaran Ketua Duanya Dr. Abd.Latif Abu Bakar kepada Menteri Hishamuddin sehingga 15 Mac 2009 untuk ubah kembali secara totalnya PPSMI dalam Bahasa Melayu. Inilah betul-betul anak jantan! Nampaknya Dr Awang Sariyan sudah ada kawan!


Menariknya amaran ini diberi belum sampai sebulan "perosak bangsa" Dr. Mahathir memberi ceramahnya dalam majlis anjuran GAPENA. Dalam majlis itu Dr. Mahathir tetap dengan "idea jahatnya" mempertahankan dasarnya membuang Bahasa Melayu dari pengajaran Sains dan Matematik.


Begitu juga amaran dari GAPENA ini untuk Hishamudin tidak sampai seminggu selepas Mesyuarat Meja Bulat memutuskan 7 pilihan kaedah PPSMI untuk dilaksanakan. Kononnya Hishamudin tidak hadir dalam rundingan itu untuk memberi kebebasan untuk bersuara.

Bermula hari ini umat Melayu mesti bersatu mengembalikan semula Bahasa Melayu ke landasan yang betul. GAPENA dan pejuang Bahasa Melayu mesti nyatakan dengan tegas bahawa pengajaran Sains dan Matematik mestilah secara total dalam Bahasa Melayu. Bukannya dengan pilihan-pilihan tertentu.


Persetankan politikus-politikus Melayu(UMNO) yang penakut dan hanya pentingkan isi perut dan projek.


Cuba lihat kaum India. Mereka begitu berani membela kaum mereka yang di tahan dalam ISA(Hindraf). Sanggup kayuh basikal ke Parlimen. Begitu juga kaum Cina. Mereka tetap pertahankan bahasa ibunda mereka dan menolak PPSMI. Memang benar apa yang diperkatakan Dr. Abd Latif, umat Melayu sekadar "pak turut" , penakut dan penikus.


Kadang kala kita perlu bersikap "kurang ajar" untuk memperjuangkan kebenaran. Itu saranan Musa Hitam kepada umat Melayu. Jika Bush boleh dilontar kasut, tidak mustahil Menteri UMNO bakal terima nasib yang sama dari umat Melayu!

Semua NGO Melayu dan parti politik dan individu Melayu perlu bertindak sekarang dengan lebih pantas. Kita sudah tidur lena selama 6 tahun ! Beberapa langkah untuk bertindak. Antaranya :

1) Tubuhkan badan induk untuk kumpulkan semua NGO Melayu. GAPENA ketuai badan induk ini.

2) Kumpulkan tandatangan bantahan. (sasaran 1 juta)

3) Sebarkan poster, handbill , sticker kepada umum.

4) Menyeru guru agar mengajar Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik.

5) Kumpulkan semua cerdik pandai Melayu.

6) Buat demostrasi aman. ( pikul keranda!)

7) Buka laman web.


Hey! Umat Melayu! Kita tidak boleh harapkan UMNO untuk membela bahasa Melayu. Menteri-menteri UMNO lebih agungkan Bahasa Inggeris. Lihatlah semasa di wawancara. Mereka hantar anak-anak mereka ke sekolah swasta bukan SK dan SMK bahkan ke luar negeri.
Tanyalah Hishamudin dan TPM Najib di mana anak mereka sekarang belajar?
Mereka tidak layak untuk bicara mengenai bahasa Melayu dan umat Melayu. Hanya layak bicara projek, projek dan projek!



2 comments:

.@blogger.com said...

Kadang-kadang kita harus juga cermin siapa kita. Memang mudah meletakkan kesalahan kepada orang lain tetapi hakikatnya sebaik manakah kita berbanding orang lain? Seburuk manapun Mahathir, dia adalah seorang bekas perdana menteri dan negarawan, sekecil manapun jasanya mungkin lebih besar dari apa yang telah kita lakukan. Simpan amarah dan bersihklan jiwamu yang resah itu. Dendam dan memusuhi adalah sifat yang buruk dan tidak terpuji.
http://gerbangtemumaya.blogspot.com/
http://yangkita.blogspot.com/
http://braveheart-blogger.blogspot.com/

iKhwan89 said...

slm mualim...semangat mualimmemang xpernah padam..(^_^)
mualim,sediakan lah tpak2 pejuangan dari pelajar-pelajar mualim,asah hati diorang supaya kenal Tuhan,nanti,bile dah kenal Tuhan,masing-masing berkasih sayang satu sama lain,insyaAllah,kemungkaran yang dibuat oleh kerajaan ataw lain2 dapat diganti dengan kebaikan daripada anak-anak murid mualim yang takutkan Tuhan...sebab,orang yang takutkan Tuhan jer yang ade kekuatan yang luarbiasa..xkre kekuatn dari segi ape,,,tapi,Tuhan kan maha membantu hmbanya yang slalu mengharap bantuanNya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...